Wednesday, 23 January 2019

Denai Jiwa

Di balik dedaun layu
Ada mata yang sembunyi
Menyaksikan pentas utama
Watak-watak manusia
Ada yang rakus ada jua yang mulia

Dalam tatapan jiwa ini
Menangislah dia
Menatapi haloba saudara
Mengaut untung memakan riba
Sambil berdoa agar mereka
Bangun dari koma dan gelapnya dunia

Dia terusan menangis
Melihat saudara lain
Angkuh mendabik dada
Dek kerana mereka di atas
Punya kuasa mengatur dunia
Walhal tanpa mereka sedari
Rabb yang mulia pemilik segalanya

Penat menangis
Lelah meratap
Segalanya merentap sekeping hati
Berderai yang tinggal hanya cebisan
Apakan daya dia lemah
Hanya mampu berserah
Dan menanti saat segalanya musnah

Dia bangun..
Lalu toleh ke hadapan
Meneruskan perjalanan mencari Dia
Lantas melalui denai-denai sejahtera
Rumput2 tunduk menghormati
Tanda dia dirai
Dedaun yang lalu kini segar kembali
Tersenyum melambai mesra
Menanti kehadiran yang diimpi
Denai yang sempit kini luas
Bercahaya dan redup
Kerana apa?
Kerana Dia, Rabb yang meredhai,merindui akan hambanya
Yang memilih untuk pulang
Pulang pada penciptanya.

No comments:

Post a Comment

LELAH SEMALAM

Gemericik air di tebing sungai Menyedarkan dia dari lamunan yang leka Decipan burung dan nyanyian unggas Menjadi melodi unduk dia ...