Sunday, 17 November 2019
LELAH SEMALAM
Thursday, 31 October 2019
Cinta Dua Benua
Pertama kalinya
Empangan mata ini
Runtuh temboknya
Menuruni gaung pipi
Kisah yang tersemat
Antara dua jiwa
Tiada tamat
Berpisah
Dek jaraknya peta
Dek dalamnya samudera
Dek luasnya langit dunia
Namun hati yang ditakdirkan bersatu
Kemas tersimpan di lipatan cinta
Kasih terluah dilayangkan kata
Dihidang bersama indahnya puisi dan pena
Terukir satu senyuman
Menghiasi cantiknya ciptaan Tuhan
Namun
Tiap yang indah
Bermula duka
Titik perpisahan yang entah tiba-tiba
Persoalan berantakan
Menghumban fikiran
Alih-alih membawa diri kian kejauhan
Memori tercipta kian terhakis
Dilindungi dek kebahagian palsu
Sampai saat
Segalanya tak bisa dipertahankan
Cinta nan utuh
Takkan terpisah
Biar perih beribu batu
Biar dalam sedalam jurang
Yang tertulis takkan pernah berubah.
Inspired by: AADC2(2016)
Introduced by: MAHMR
Saturday, 20 July 2019
BELAJAR ADALAH IBADAH
Dalam meraih kejayaan dunia
Tak di lupa kejayaan di sana
Dalam mengumpul ilmu di dunia fana
Tak di lupa ganjaran pahala di syurga
Buat guru
Ajarilah ilmu buat anak-anakmu
Ajari kami akan ilmu yang kau kandungkan
Agar kami tidak lokek dek ilmu
Tidak pupus dek zaman
Buat ayah dan ibu
Asuhlah kami dengan didikan
Dunia juga akhirat
Agar kami selamat
Dalam gelap matlamat
Dalam suramnya akhirat
Buat rakan
Marilah bersamaku
Bergandingan tangan
Belajar,belajar, dan belajar
Untuk menjadi bekalan
Di masa depan.
AKU PENDAKWAH MUDA
Dalam merintis arus dunia mewah
Aku di sini pikul satu amanah
Suka duka silih berganti
Kadang indah
Kadang gundah
Dalam menyebar satu dakwah
Aku hanyalah hamba biasa
Marhein yang menjadi perantara
Dalam menyebar ilmu agama
Namun aku tetap hamba biasa
Dicemuh dihina perkara biasa
Adat manusia difitnah dicela
Apalah bisa melawan Yang Esa?
Kerana aku tepat dilandasan-Nya
Inilah ujian
Inilah cabaran
Sebarkan ilmu bukanlah mudah
Yang benar di jalan tuhan
Pastikan ada jalan kemudahan.
Monday, 1 July 2019
Berhenti Berharap
Di dalam gelap
Aku masih mencari
Menanti cahaya
Sinarnya mentari
Ku berharap
Kau menanti
Aku di sini
Saat kau pergi
Aku kesepian
Menanti harap agar kau kembali
Sayangnya
Kau terus pergi
Oh sayang
Aku melihatmu
Bersama dia menjalin bahagia
Ku berhenti
Berhenti
Berhenti menantimu
Aku berpaling
Berpaling meninggalkan
Bersama hati
Yang telah terlukai
Hingga nanti
Kita bertemu lagi
Friday, 7 June 2019
KISAH YANG TERPENDAM
MUNGKIN YANG TERAKHIR
Sunday, 31 March 2019
Sayang Yang Terkubur
Belok ke kiri
Belok ke kanan
Tiada jalan aku temui
Toleh ke belakang juga tiada jalan kembali
Persoalan mula menghenyak
Adakah ini pengakhiran kisah ini?
Berpusing pada paksi yang sama
Satu per satu wajah kesayanganku kabur
Kian lesap dari pandangan mata
Lalu ghaib tanpa khabar berita
Tangisan mula berlagu
Teriakan memantul di segenap sudut
Hanya aku di sini
Berada di pemakaman hati dan jiwa sendiri
Ku lempar sayang
Sayang ku tinggalkan
Bersemadilah dikau di sini
Aku tetap menanti
Saat kita bertemu lagi
Dua jiwa satu hati
Biar kenangan memutar dalam diri
Kerana kau takkan pernah mati
Kemas terlipat dalam sangkar hati.
Wednesday, 23 January 2019
Denai Jiwa
Di balik dedaun layu
Ada mata yang sembunyi
Menyaksikan pentas utama
Watak-watak manusia
Ada yang rakus ada jua yang mulia
Dalam tatapan jiwa ini
Menangislah dia
Menatapi haloba saudara
Mengaut untung memakan riba
Sambil berdoa agar mereka
Bangun dari koma dan gelapnya dunia
Dia terusan menangis
Melihat saudara lain
Angkuh mendabik dada
Dek kerana mereka di atas
Punya kuasa mengatur dunia
Walhal tanpa mereka sedari
Rabb yang mulia pemilik segalanya
Penat menangis
Lelah meratap
Segalanya merentap sekeping hati
Berderai yang tinggal hanya cebisan
Apakan daya dia lemah
Hanya mampu berserah
Dan menanti saat segalanya musnah
Dia bangun..
Lalu toleh ke hadapan
Meneruskan perjalanan mencari Dia
Lantas melalui denai-denai sejahtera
Rumput2 tunduk menghormati
Tanda dia dirai
Dedaun yang lalu kini segar kembali
Tersenyum melambai mesra
Menanti kehadiran yang diimpi
Denai yang sempit kini luas
Bercahaya dan redup
Kerana apa?
Kerana Dia, Rabb yang meredhai,merindui akan hambanya
Yang memilih untuk pulang
Pulang pada penciptanya.
LELAH SEMALAM
Gemericik air di tebing sungai Menyedarkan dia dari lamunan yang leka Decipan burung dan nyanyian unggas Menjadi melodi unduk dia ...
-
Di dalam gelap Aku masih mencari Menanti cahaya Sinarnya mentari Ku berharap Kau menanti Aku di sini Saat kau pergi Aku kesepian Me...
-
Dalam merintis arus dunia mewah Aku di sini pikul satu amanah Suka duka silih berganti Kadang indah Kadang gundah Dalam menyebar satu d...
-
Dataran Masjid Zahir, Kedah Hilang, lalu menanti dia untuk kembali segalanya menjadi kenangan detik-detik terindah terlayar di korne...
