Sunday, 31 March 2019

Sayang Yang Terkubur

Belok ke kiri
Belok ke kanan
Tiada jalan aku temui
Toleh ke belakang juga tiada jalan kembali
Persoalan mula menghenyak
Adakah ini pengakhiran kisah ini?
Berpusing pada paksi yang sama
Satu per satu wajah kesayanganku kabur
Kian lesap dari pandangan mata
Lalu ghaib tanpa khabar berita
Tangisan mula berlagu
Teriakan memantul di segenap sudut
Hanya aku di sini
Berada di pemakaman hati dan jiwa sendiri
Ku lempar sayang
Sayang ku tinggalkan
Bersemadilah dikau di sini
Aku tetap menanti
Saat kita bertemu lagi
Dua jiwa satu hati
Biar kenangan memutar dalam diri
Kerana kau takkan pernah mati
Kemas terlipat dalam sangkar hati.

No comments:

Post a Comment

LELAH SEMALAM

Gemericik air di tebing sungai Menyedarkan dia dari lamunan yang leka Decipan burung dan nyanyian unggas Menjadi melodi unduk dia ...