Friday, 7 June 2019

MUNGKIN YANG TERAKHIR

Dataran Masjid Zahir, Kedah



Hilang, lalu menanti dia untuk kembali
segalanya menjadi kenangan
detik-detik terindah terlayar di kornea mata
telinga kemas tersisip mendengar alunan surah
itulah kenangan

ketibaannya dinanti
diisi dengan ibadah bukti cinta akan Ilahi
berkejaran mengumpul ganjaran
nikmat pahala yang dinantikan
kerana aku, Makhluk ciptaan Tuhan

ujian datang bersilih ganti
lapar dahaga bukan satu halangan lagi
ada kala manusia datang dan pergi
ada kala berperang dengan hati sendiri
itulah rencah kehidupan seorang hamba
dalam mensyukuri nikmat Yang Esa

rugi rasanya jiwa
jika ramadhan tak dirai
jika ramadhan dibiarkan berlalu pergi
dibiar kosong tak diisi
kerana
belum pasti berjumpa lagi






No comments:

Post a Comment

LELAH SEMALAM

Gemericik air di tebing sungai Menyedarkan dia dari lamunan yang leka Decipan burung dan nyanyian unggas Menjadi melodi unduk dia ...